Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagi thread kali ini dalam siri Menara Gading, KP ingin berkongsi pandangan KP khas buat pembaca sekalian. Apa pentingnya kita untuk terus menyambung pengajian kita hingga ke peringkat yang tertinggi? Ada yang mengatakan untuk mendapatkan kerja yang baik, bergaji besar, pangkat besar dan macam-macam lagi. Setiap jawapan itu adalah terpulang kepada pandangan setiap individu.
Namun bagi KP, apabila anda menyambung pengajian anda mungkin ke peringkat diploma, ijazah sarjana muda, sarjana atau PHD, ianya bukan setakat tertumpu kepada ilmu yang akan diperolehi. Namun disebalik perjalanan anda untuk menggenggam segulung sijil yang anda impikan itu tentunya bukan mudah. Anda akan menempuh pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang tempoh itu. Perkara biasa yang akan anda alami adalah ujian, peperiksaan, kuiz dan assignment. Perkara luar biasa yang mungkin anda tempuh pula adalah kerenah pensyarah uang cerewet, tekanan kerana dibebani tugasan, rakan yang tidak mahu membantu anda dan macam-macam lagi.
Semua ini nampak seperti tidak menarik tetapi itu adalah hakikat apabila graduan berada di industri. Setiap graduan harus mempunyai nilai kebolehpasaran untuk memenuhi keperluan industri. Tidak semestinya seorang graduan diploma kejuruteraan mekanikal akan cuma bekerja di kilang sahaja, tetapi masih banyak cabang lain yang boleh diceburi seperti oil & gas, building maintenance, pelukis pelan, pembinaan, perbanan dan macam-macam lagi. Jadi, untuk sebuah institusi menyediakan graduan yang bokeh berjhidmat dalam semua bidang adalah sangat sukar. Oleh itu, pengalaman yang diperolehi sepanjang pengajian adalah sangat bermakna bagi pelajar selain dari ilmu yang diajarkan di kelas.
Tiada siapa yang dapat mengubah nasib anda melainkan diri anda sendiri. Ya betul, kelulusan seseorang tidak menjamin masa depan seseorang. Namun, sebagai seorang manusia, kita perlu menambah ilmu pengetahuan kita. Mungkin satu hari nanti sijil atau kelulusan yang kita perolehi dapat membuka ruang untuk kita lebih berjaya. Tapi kebiasaannya, ramai orang akan mengatakan yang belajar adalah satu perkara yang susah. KP tak nafikan hal tersebut, namun kita harus ingat, manisnya kejayaan itu dapat dirasai kerana kepayahan yang dilalui. Tidak mengapa jika anda lambat dari rakan-rakan anda yang lain asalkan anda puas dengan apa yang anda kecapi. Buat anak-anak muda sekalian, jangan mudah mengalah untuk mencuba. Selagi hayat dikandung badan, marilah kita bersama-sama meningkatkan ilmu kita dari semasa ke semasa.
Bagi post yang akan datang, KP akan berkongsi dengan anda pengalaman KP melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Semoga ketemu lagi.
-KelisaPerak-