Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagi post kali ini KP nak berkongsi review dengan anda mengenai buku yang bertajuk "Life In The Skies".
Buku ini hasil tulisan seorang pesara juruterbang yang telah berkhidmat selama lebih 40 tahun di dalam industri penerbangan iaitu Kapten Lim Khoy Hing. Beliau telah berkhidmat dengan beberapa agensi termasuk Royal Military Air Force (RMAF), Malaysia Airlines (MAS), AirAsia dan kini di Asia Aviation Centre of Excellence sebagai seorang Flight Simulator Instructor.
KP telah membeli buku ini di kedai buku MPH di Alamanda. Namun begitu, anda juga boleh membeli buku ini di dalam pesawat AirAsia jika KP tidak silap. Ini kerana kewujudan buku ini pun KP maklum sewaktu menaiki pesawat AirAsia dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.
Mengenai buku "Life In The Skies" yang hampir sepenuhnya ditulis dalam bahasa Inggeris (cuma ada satu perkataan Melayu sahaja iaitu atap) ini, Isi kandungannya amat padat meliputi pelbagai situasi dalam konteks penumpang dari mata seorang juruterbang. Kapten Lim telah cuba untuk memberikan penerangan terhadap beberapa isu yang kebiasaannya menjadi tanda tanya bagi seorang penumpang seperti tips sebelum menaiki pesawat, tahap keselamatan bagi sebuah kapal terbang, bagaimana pesawat dikendalikan oleh juruterbang dalam beberapa situasi dan banyak lagi.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai buku ini, anda boleh sahaja terus mendapatkannya di kedai buku yang berdekatan atau anda boleh melawat laman web http://www.askcaptainlim.com kerana buku "Life In The Skies" ini sebenarnya adalah kompilasi yang disusun dan di olah dari laman web beliau ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai buku ini, anda boleh sahaja terus mendapatkannya di kedai buku yang berdekatan atau anda boleh melawat laman web http://www.askcaptainlim.com kerana buku "Life In The Skies" ini sebenarnya adalah kompilasi yang disusun dan di olah dari laman web beliau ini.
Tajuk: Life In The Skies
Penulis: Kapten Lim Khoy Hing
Bahasa: Bahasa Inggeris
Penilaian: 4/5
Dicadangkan:
- Golongan yang tidak/kurang meyakini pengangkutan udara iaitu kapal terbang
- Golongan yang minat dengan kapal terbang
- Golongan yang mahu lebih tahu mengenai pengendalian atau cara penerbangan komersil beroperasi
No comments:
Post a Comment