Sunday, January 11, 2015

Menara Gading V1: Perjalanan Menuntut Ilmu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagi thread kali ini dalam siri Menara Gading, KP ingin berkongsi pandangan KP khas buat pembaca sekalian. Apa pentingnya kita untuk terus menyambung pengajian kita hingga ke peringkat yang tertinggi? Ada yang mengatakan untuk mendapatkan kerja yang baik, bergaji besar, pangkat besar dan macam-macam lagi. Setiap jawapan itu adalah terpulang kepada pandangan setiap individu. 

Namun bagi KP, apabila anda menyambung pengajian anda mungkin ke peringkat diploma, ijazah sarjana muda, sarjana atau PHD, ianya bukan setakat tertumpu kepada ilmu yang akan diperolehi. Namun disebalik perjalanan anda untuk menggenggam segulung sijil yang anda impikan itu tentunya bukan mudah. Anda akan menempuh pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang tempoh itu. Perkara biasa yang akan anda alami adalah ujian, peperiksaan, kuiz dan assignment. Perkara luar biasa yang mungkin anda tempuh pula adalah kerenah pensyarah uang cerewet, tekanan kerana dibebani tugasan, rakan yang tidak mahu membantu anda dan macam-macam lagi. 

Semua ini nampak seperti tidak menarik tetapi itu adalah hakikat apabila graduan berada di industri. Setiap graduan harus mempunyai nilai kebolehpasaran untuk memenuhi keperluan industri. Tidak semestinya seorang graduan diploma kejuruteraan mekanikal akan cuma bekerja di kilang sahaja, tetapi masih banyak cabang lain yang boleh diceburi seperti oil & gas, building maintenance, pelukis pelan, pembinaan, perbanan dan macam-macam lagi. Jadi, untuk sebuah institusi menyediakan graduan yang bokeh berjhidmat dalam semua bidang adalah sangat sukar. Oleh itu, pengalaman yang diperolehi sepanjang pengajian adalah sangat bermakna bagi pelajar selain dari ilmu yang diajarkan di kelas. 

Tiada siapa yang dapat mengubah nasib anda melainkan diri anda sendiri. Ya betul, kelulusan seseorang tidak menjamin masa depan seseorang. Namun, sebagai seorang manusia, kita perlu menambah ilmu pengetahuan kita. Mungkin satu hari nanti sijil atau kelulusan yang kita perolehi dapat membuka ruang untuk kita lebih berjaya. Tapi kebiasaannya, ramai orang akan mengatakan yang belajar adalah satu perkara yang susah. KP tak nafikan hal tersebut, namun kita harus ingat, manisnya kejayaan itu dapat dirasai kerana kepayahan yang dilalui. Tidak mengapa jika anda lambat dari rakan-rakan anda yang lain asalkan anda puas dengan apa yang anda kecapi. Buat anak-anak muda sekalian, jangan mudah mengalah untuk mencuba. Selagi hayat dikandung badan, marilah kita bersama-sama meningkatkan ilmu kita dari semasa ke semasa.

Bagi post yang akan datang, KP akan berkongsi dengan anda pengalaman KP melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Semoga ketemu lagi. 

-KelisaPerak-

Friday, January 2, 2015

Dunia Kucing V1: Ear mites

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar anda semua? Post dunia kucing kali ini adalah mengenai penyakit kulit kurap ataupun ear mites atau tungau telinga. Melalui namanya sahaja jenis kurap ini biasanya bermula daripda telinga kucing. Kebiasaannya pada hujung telinga akan menggerutu dan akan merebak hingga ke muka dan bahagian-bahagian lain. Punca ear mites ini biasanya datang dari bahagian dalam telinga kucing yang kotor.

Oleh itu, penjaga-penjaga si comel ini, anda harus sentiasa memastikan agar bahagian dalam telinga kucing anda tidak kotor. Namun jangan terlalu kerap membersihkan bahagian dalaman telinga kucing anda kerana ia mungkin memudaratkan mereka. Buatlah kerja-kerja pembersihan sekali dalam tempoh seminggu dan bukannya setiap hari. Terdapat kes di mana penjaga terlalu kerap membersihkan telinga kucingnya, mengakibatkan kucing itu mengalami masalah lebihan lendir mengakibatkan berlakunya komplikasi dan membawa maut. Jadi, bersederhana itu adalah lebih baik.



Tungau telinga atau ear mites ini adalah bersaiz mikro dan hanya boleh dilihat dengan bantuan mikroskop. Ianya seperti seekor kutu yang akan mengorek lubang pada telinga si comel anda. Jadi, rajin-rajinkan diri anda untuk memeriksa si comel. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati.

Tetapi jika si comel anda didapati telah dijangkiti kurap ini, KP sangat-sangat mengesyorkan anda untuk dibawa terus ke klinik haiwan yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Kebiasaannya doktor haiwan akan memerikan injection kepada si comel dan perlu diulangi sebanyak 2 kali dengan jarak tempoh masa 2 minggu untuk satu injection. Jangan lakukan perkara-perkara pelik yang KP kalsifikasikan sebagai mitos yang pernah KP dengar.Contohnya, sapukan kurap itu dengan minyak silinder yang telah digunakan. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, tidak kiralah samada minyak silinder ke minyak kelapa dara ke, penggunaan minyak untuk disapukan kepada kucing adalah sangat tidak sesuai. Ini kerana minyak kebiasaannya bersifat panas dan akan membuatkan kulit kucing melecur. KP pernah sapukan minyak kelapa dara pada telinga kucing yang dijangkiti kurap. Hasilnya, kurap tak juga baik dan tiada bulu di telinga kucing KP selama 3 bulan. Nasib baik akhirnya tumbuh juga bulu di telinganya. Jika tidak, menyesal tak sudah KP. OK?

-KelisaPerak-

Ulat Buku V1: Life In The Skies

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagi post kali ini KP nak berkongsi review dengan anda mengenai buku yang bertajuk "Life In The Skies".


Buku ini hasil tulisan seorang pesara juruterbang yang telah berkhidmat selama lebih 40 tahun di dalam industri penerbangan iaitu Kapten Lim Khoy Hing. Beliau telah berkhidmat dengan beberapa agensi termasuk Royal Military Air Force (RMAF), Malaysia Airlines (MAS), AirAsia dan kini di Asia Aviation Centre of Excellence sebagai seorang Flight Simulator Instructor.

KP telah membeli buku ini di kedai buku MPH di Alamanda. Namun begitu, anda juga boleh membeli buku ini di dalam pesawat AirAsia jika KP tidak silap. Ini kerana kewujudan buku ini pun KP maklum sewaktu menaiki pesawat AirAsia dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. 

Mengenai buku "Life In The Skies" yang hampir sepenuhnya ditulis dalam bahasa Inggeris (cuma ada satu perkataan Melayu sahaja iaitu atap) ini, Isi kandungannya amat padat meliputi pelbagai situasi dalam konteks penumpang dari mata seorang juruterbang. Kapten Lim telah cuba untuk memberikan penerangan terhadap beberapa isu yang kebiasaannya menjadi tanda tanya bagi seorang penumpang seperti tips sebelum menaiki pesawat, tahap keselamatan bagi sebuah kapal terbang, bagaimana pesawat dikendalikan oleh juruterbang dalam beberapa situasi dan banyak lagi.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai buku ini, anda boleh sahaja terus mendapatkannya di kedai buku yang berdekatan atau anda boleh melawat laman web http://www.askcaptainlim.com kerana buku "Life In The Skies" ini sebenarnya adalah kompilasi yang disusun dan di olah dari laman web beliau ini.

Tajuk: Life In The Skies
Penulis: Kapten Lim Khoy Hing
Bahasa: Bahasa Inggeris
Penilaian: 4/5
Dicadangkan: 

  • Golongan yang tidak/kurang meyakini pengangkutan udara iaitu kapal terbang
  • Golongan yang minat dengan kapal terbang 
  • Golongan yang mahu lebih tahu mengenai pengendalian atau cara penerbangan komersil beroperasi

Salam Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Permulaan baru bagi tahun 2015, perjalanan baru bagi blog Kelisa Perak  ini. Semoga segala perkongsian yang dikongsikan di sini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Setiap coretan yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman, pengamatan dan juga penilaian peribadi dari blog Kelisa Perak tanpa niat yang ingin menjatuhkan, menfitnah mahupun membuka aib sesiapa sahaja. Enjoy.

Ikhlas,
KelisaPerak (KP)