Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar anda semua? Post dunia kucing kali ini adalah mengenai penyakit kulit kurap ataupun ear mites atau tungau telinga. Melalui namanya sahaja jenis kurap ini biasanya bermula daripda telinga kucing. Kebiasaannya pada hujung telinga akan menggerutu dan akan merebak hingga ke muka dan bahagian-bahagian lain. Punca ear mites ini biasanya datang dari bahagian dalam telinga kucing yang kotor.
Oleh itu, penjaga-penjaga si comel ini, anda harus sentiasa memastikan agar bahagian dalam telinga kucing anda tidak kotor. Namun jangan terlalu kerap membersihkan bahagian dalaman telinga kucing anda kerana ia mungkin memudaratkan mereka. Buatlah kerja-kerja pembersihan sekali dalam tempoh seminggu dan bukannya setiap hari. Terdapat kes di mana penjaga terlalu kerap membersihkan telinga kucingnya, mengakibatkan kucing itu mengalami masalah lebihan lendir mengakibatkan berlakunya komplikasi dan membawa maut. Jadi, bersederhana itu adalah lebih baik.
Tungau telinga atau ear mites ini adalah bersaiz mikro dan hanya boleh dilihat dengan bantuan mikroskop. Ianya seperti seekor kutu yang akan mengorek lubang pada telinga si comel anda. Jadi, rajin-rajinkan diri anda untuk memeriksa si comel. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati.
Tetapi jika si comel anda didapati telah dijangkiti kurap ini, KP sangat-sangat mengesyorkan anda untuk dibawa terus ke klinik haiwan yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Kebiasaannya doktor haiwan akan memerikan injection kepada si comel dan perlu diulangi sebanyak 2 kali dengan jarak tempoh masa 2 minggu untuk satu injection. Jangan lakukan perkara-perkara pelik yang KP kalsifikasikan sebagai mitos yang pernah KP dengar.Contohnya, sapukan kurap itu dengan minyak silinder yang telah digunakan. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, tidak kiralah samada minyak silinder ke minyak kelapa dara ke, penggunaan minyak untuk disapukan kepada kucing adalah sangat tidak sesuai. Ini kerana minyak kebiasaannya bersifat panas dan akan membuatkan kulit kucing melecur. KP pernah sapukan minyak kelapa dara pada telinga kucing yang dijangkiti kurap. Hasilnya, kurap tak juga baik dan tiada bulu di telinga kucing KP selama 3 bulan. Nasib baik akhirnya tumbuh juga bulu di telinganya. Jika tidak, menyesal tak sudah KP. OK?
-KelisaPerak-
No comments:
Post a Comment